|| Biro Kepimpinan dan Kegiatan Institusi/Pertubuhan || Biro Teknologi Maklumat dan Komunikasi ||
|| Biro Perniagaan, Perindustrian dan Pelancongan || Biro Kreativiti dan Penyertaan Penduduk ||
|| Biro Pendidikan dan Latihan Kemahiran ||
Biro Kebersihan dan Kesihatan || Biro Keindahan dan Keceriaan ||

Biro Teknologi Maklumat dan Komunikasi

Bagi menyahut seruan kerajaan iaitu “Satu Rumah Satu Komputer” dapat dilihat bahawa kadar pembelian komputer di kalangan penduduk setempat mencapai tahap yang membanggakan. Ini disokong dengan inisiatif kerajaan dengan memberi kemudahan pengeluaran KWSP. Langkah ini sedikit sebanyak membantu masyarakat kampung yang kurang berkemampuan turut sama menyahut seruan kerajaan tersebut. Kaedah ini diharap dapat membantu masyarakat agar celik IT.

Oleh yang demikian pihak K3P Kampung Belimbing Dalam turut menitikberatkan penguasaan teknologi maklumat dan komunikasi di kalangan penduduk kampung. Justeru itu pihak K3P Kampung Belimbing Dalam telah mengambil langkah-langkah yang sesuai bagi menambahkan penguasaan masyarakat kampung terhadap teknologi maklumat dan komunikasi.

Oleh itu pihak K3P telah membuat penyelidikan terhadap penduduk kampung akan hal ini. Rata-ratanya penduduk Kampung Belimbing Dalam sedar akan peri pentingnya penguasaan teknologi dan komunikasi. Menurut hasil soal selidik yang dibuat oleh pihak K3P kampung ini peratusan penduduk yang mempunyai komputer ialah sebanyak 42%. Maka penduduk kampung dapat menguasai bidang teknologi maklumat.

Pihak K3P Belimbing Dalam telah mewujudkan laman web kampung yang memberikan maklumat asas tentang kampung dan keunikannya.

K3P kampung ini telah mengambil beberapa langkah untuk menambahkan lagi penguasaan teknologi maklumat. Antaranya ialah, di pihak K3P, badan-badan di kampung ini telah dilengkapi dengan komputer. Badan-badan tersebut ialah :-

a) K3P                 - 2 buah komputer

b) JKKK               - 1 komputer

c) Masjid             - 1 buah komputer

d) PUSMAS        - 2 buah komputer

e) KEMAS          - 1 buah komputer.

         

Selain itu pihak K3P kampung telah menyediakan kemudahan internet yang terdapat di bilik gerakan iaitu Bilik Harmoni. Penduduk dibenarkan  menggunakan komputer di bilik ini untuk mendapatkan maklumat terkini melalui internet. Dari aspek latihan, ahli K3P bekerjasama dengan Jabatan Penerangan dan Perbadanan Perpustakaan Negeri Melaka  (PERPUSTAM) dalam melatih penduduk kampung supaya celik komputer. Kursus membina laman web telah diberikan oleh (PERPUSTAM) kepada 10 orang anak kampung.

 

|| Biro Kepimpinan dan Kegiatan Institusi/Pertubuhan || Biro Teknologi Maklumat dan Komunikasi ||
|| Biro Perniagaan, Perindustrian dan Pelancongan || Biro Kreativiti dan Penyertaan Penduduk ||
|| Biro Pendidikan dan Latihan Kemahiran ||
Biro Kebersihan dan Kesihatan || Biro Keindahan dan Keceriaan ||