Biro Perniagaan, Perindustrian dan Pelancongan
ASPEK PERNIAGAAN.
Penglibatan penduduk dalam aktiviti ekonomi selain dari pertanian secara individu adalah sangat menggalakkan, sebahagian daripada golongan belia telah melibatkan diri dalam aktiviti perniagaan. Di bawah ini desenaraikan nama- nama mereka yang telah melibatkan diri dalam sektor perniagaan.
BIL | NAMA | JENIS PERNIAGAAN |
1. | Md Noh bin Abd Rahman | Memproses dan menjual ayam daging |
2. | Yusuf bin Abd Rahman | Menjual daging lembu di Pasar Besar Melaka. |
3. | Muhamad bin Abd Razak | Menjual daging lembu di Pasar Pantai Puteri. |
4. | Zarina bt Othman | Menjual kraftangan dan membuat tempahan batu nisan. |
5. | Yusairi bin Abu | Bengkel kimpalan. |
6. | Abu Bakar bin Husin | Menjual Burger dan kuih-muih. |
7. | Zulkifli bin Rashid | Bengkel kimpalan. |
8. | Mohd Fauzi bin Tahir | Bengkel kimpalan. |
9. | Idris bin Hj Yunus | Bengkel Motor. |
10. | Saifuddin bin Abd Shukor | Bengkel Kereta. |
11. | Samad bin Abdullah | Pendawaian. |
12. | Osman bin Husin | Menjual ikan dan sayur-sayuran. |
13. | Zawiah bt Omar | Menjahit pakaian wanita dan lelaki |
Bagi kaum dewasa pula, tidak kurang ramainya yang telah melibatkan diri di dalam
aktiviti ekonomi bukan pertanian. Mereka yang terlibat adalah seperti berikut :-
BIL | NAMA | JENIS PERNIAGAAN |
1. | Osman bin Baba | Sewaan khemah, pinggan mangkuk dan lori. |
2. | En. Khanafi bin Omar | Kedai Runcit. |
3. | En.Lee Kim Tan | Kedai Runcit. |
4. | Hj Samadi bin Parjoo | Gerai Makanan. |
5. | Osman bin Said | Gerai Makanan. |
6. |
Abd Rahman bin Mahat |
Gerai Makanan. |
7. | Pn.Latifah bin Jantan | Gerai Makanan. |
8. | Abd Manan bin Yaakob | Gerai Makanan. |
9. | Hj Abd Razak bin Ayutty | Gerai Makanan. |
10. | Adnan bin Yaakob | Mengandam dan persiapan pelamin. |
11. | Abdullah bin Mohd Ali | Perpaipan. |
12. | Yusof bin Kasim | Tukang paip dan perusahaan ikan air tawar. |
13. | Fadzil Shukor bin Abd Hamid | Pertukangan. |
14. | Salleh bin Mohamad | Pertukangan. |
15. | Hj Kidam bin Tompang | Perusahaan kolam dan menjual ikan air tawar. |
16. | Pn.Zawiah bt Omar | Menjahit pakaian wanita dan lelaki. |
17. | Pn.Snadiah bt Yasin | Menjahit pakaian wanita dan lelaki. |
18. | Pn.Rokiah bt Husin | Menjahit pakaian wanita dan lelaki. |
19. | Pn.Maimunah bt Hashim | Menjual kuih-muih tradisional. |
20. | Pn.Zainah Mohamad | Menjual kuih-muih tradisional. |
21. | Hj Omar bin Jantan | Menjual parang, pisau dan lain. |
22. | Pn.Rosni bt Mahadi | Menjual barangan Zhulian. |
23. | Pn.Ramalah bt Kasim | Menjual barangan Zhulian. |
24. | Atan bin Kidam | Menjual buah-buahan makanan ringan di pasar malam |
25. | Minhat bin Md Nor | Berniaga sate. |
26. | Hj Mohd Ali bin Mohamad | Berniaga buah mangga Melaka Delite. |
27. | Abd.Latif bin Omar | Berniaga buah mangga Melaka Delite. |
28. | Pn.Rumlah bt Kasim | Menjual makanan ringan di kilang-kilang. |
29. | Pn.Jamiyah bt Misoh | Menjual dan membuat tempahan kuih-muih. |
30. | Yaakob bin Kasim | Pertukangan. |
Aspek perniagaan dan perindustrian di Kampung Belimbing Dalam telah memberi peluang dan pendapatan tetap kepada penduduk Kampung Belimbing Dalam. Terdapat dua buah gerai disediakan oleh pihak JKKK, dua buah gerai MPDAG dan selebihnya gerai, kedai dan bengkel persendirian.
Dalam aspek pelancongan, Kampung Belimbing Dalam merupakan destinasi tetap para pelancong luar negara. Rumah tradisional Tn. Hj Tahir bin Amin menjadi tempat kunjungan pakej pelancongan Negeri Melaka.
PELANCONGAN DAN PERINDUSTRIAN
Dalam usaha mempertingkatkan industri pelancongan, kerajaan Negeri Melaka, telah menitikberatkan dalam sektor pelancongan yang mengilhamkan Slogan “MELAWAT MELAKA BERSEJARAH BERERTI MELAWAT MALAYSIA”.
Maka JKKK Kampung Belimbing Dalam tidak terkecuali untuk menyahut saranan Kerajaan Negeri Melaka dalam bidang ini dan telah menwujudkan biro tersebut untuk mempromosikan Kampung Belimbing Dalam untuk dikenali sebagai salah satu destinasi pelancongan.
Dengan adanya tanaman mangga Melaka Delite dan rumah yang di lawati pelancong dari luar negara yang dikendalikan oleh pihak Kerajaan Negeri Melaka, untuk kunjungan pelancong dalam dan luar negara, maka JKKK Belimbing Dalam telah mengambil kesempatan untuk menarik pelancong-pelancong ke tanaman mangga Melaka Delite dan rumah pelancongan disamping memperkenalkan destinasi-destinasi pedalam ke perkampungan Belimbing Dalam yang mempunyai kawasan-kawasan yang sangat menarik bagi pelancong-pelancong yang tidak pernah masuk ke kampung-kampung sebelum ini.
Antara tempat-tempat yang menarik untuk pelawat-pelawat kunjungi di Kampung Belimbing Dalam ialah menyaksikan kerja-kerja pertanian seperti mengusahakan tanaman padi, tanaman sayuran, melawat ke lokasi tanaman mangga yang teratur dan lanskap yang menarik di samping tempat yang strategik.
Selain itu pelawat-pelawat tidak melepaskan peluang untuk memancing, kepada mereka yang kaki pancing JKKK Belimbing Dalam telah mewujudkan aktiviti memancing iaitu memancing di Kolam Ceria K3P Belimbing Dalam. Selain itu JKKK Belimbing Dalam turut mengadakan pertandingan memancing di Sungai Melaka (Belimbing Dalam).
JKKK Belimbing Dalam sentiasa memberi perhatian atas kemudahan-kemudahan asas untuk pengunjungnya :-
a) Kemudahan masjid yang bersebelahan dengan balairaya dan berhadapan dengan pusat pentadbiran K3P dan JKKK Belimbing Dalam.
b) Kemudahan gerai makanan dan gerai kraftangan.
c) Berdekatan dengan projek tanaman mangga Melaka Delite.
d) Berdekatan dengan Sekolah Kebangsaan dan Klinik Kesihatan.