Biro Kreativiti
dan Penyertaan Penduduk
Kampung Belimbing Dalam mempunyai ramai penduduk yang kreatif dan telah menghasilkan pelbagai ciptaan seni yang mempunyai keunikan yang tersendiri.
KREATIVITI LANDSKAP
Antara binaan kreativiti lanskap yang dihasilkan ialah mercu tanda buah belimbing yang menjadi “maskot ’’ kampung. Monumen buah belimbing terdapat kawasan pangkal dan penghujung kampung dan ia menjadi satu tarikan orang ramai.
Lanskap taman mini yang terdapat di kawasan taman permainan, kawasan Pondok Harmoni dan di sekitar kawasan balai raya. Pokok-pokok kayu manis ditanam di beberapa kawasan kampung .
Terdapat juga kreativiti penduduk dalam hasil seni pertukangan tangan seperti membuat hulu parang yang beraneka jenis.
PENYERTAAN PENDUDUK
Penduduk Kampung Belimbing Dalam amat komited dalam menyertai sebarang aktiviti kampung. Antaranya ialah :-
1. Kelas anyaman rotan - GPW
2. Program keagamaan - Maulidur Rasul, Marhaban, Ceramah Agama dan lain-lain lagi
3. Program gotong royong
4. Program Kesihatan - Ceramah Kesihatan
5. Program Pendidikan – Tuisyen, Ceramah Motivasi
6. Program Belia – Lawatan, Ekspidisi Memanjat Gunung, kursus-kursus yang dianjurkan oleh Jabatan Belia Dan Sukan
7. Aktiviti Sukan – Bola Sepak, Bola Jaring, Sepak Takraw dan Badminton
8. Sukan Rakyat