|| Biro Kepimpinan dan Kegiatan Institusi/Pertubuhan || Biro Teknologi Maklumat dan Komunikasi ||
|| Biro Perniagaan, Perindustrian dan Pelancongan || Biro Kreativiti dan Penyertaan Penduduk ||
|| Biro Pendidikan dan Latihan Kemahiran ||
Biro Kebersihan dan Kesihatan || Biro Keindahan dan Keceriaan ||

Biro Kebersihan dan Kesihatan

 

A)   ASPEK KEBERSIHAN

i)  Kawasan Kampung

Bagi kawasan ini tong-tong sampah disediakan oleh Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG).Tong-tong sampah ini diletakkan di tempat yang strategik seperti sekolah-sekolah, taman permainan kanak-kanak, balai raya, masjid dan di tempat awam. Pihak MPAG mengangkut sampah-sampah ini setiap dua kali seminggu iaitu  hari         Rabu dan Sabtu.

ii) Segelintir penduduk kampung menggunakan cara membuang sampah di dalam lubang yang digali dan apabila sampah-sampah memenuhi lubang sampah-sampah itu ditimbuskan semula.

iii) Bagi menjamin kebersihan kampung keseluruhannya pihak K3P dan JKKK Kampung Belimbing Dalam dengan kerjasama penduduk mengadakan gotong royong bulanan. Sementara itu penduduk  kampung sentiasa  memastikan persekitaran rumah berada didalam keadaan bersih.

iv) Bagi menyemai sikap cintakan alam sekitar Pihak K3P dan JKKK Kampung Belimbing Dalam telah menganjurkan Pertandingan Kebersihan Dan Keindahan Rumah Peringkat Kampung yang dianjurkan bersama Pihak Majlis Perbandaran. Pertandingan ini dibahagikan kepada ketegori rumah tradisional, rumah kekal dan separuh kekal.

 

B) ASPEK KESIHATAN

i) Di dalam kampung ini terdapat sebuah Klinik Desa yang menjalankan rawatan bagi ibu-ibu dan kanak-kanak sahaja. Klinik ini dibuka pada setiap hari  (Isnin-Sabtu). Bagi penyakit-penyakit yang lain penduduk kampung haruslah mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Durian Tunggal yang terdapat di Pekan Durian Tunggal.

ii) Keseluruhan penduduk ( 100% rumah ) di kampung ini  telah mendapatkan bekalan air yang bersih  yang dibekalkan oleh Perbadanan Air Melaka ( PAM ).

iii) 90% penduduk kampung ini menggunakan tandas septik manakala yang lain masih lagi menggunakan tandas curah.

iv) Dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Durian Tunggal, K3P Belimbing Dalam, JKKK Kampung Belimbing Dalam, Wanita UMNO Cawangan dan Panel Kesihatan Durian Tunggal telah berjaya mengadakan ceramah dan pemeriksaan Kesihatan sebanyak 4 kali di kampung ini. Antara pemeriksaan tersebut ialah pemeriksaan Pap Smear dan pemeriksaan yang lain.

 

|| Biro Kepimpinan dan Kegiatan Institusi/Pertubuhan || Biro Teknologi Maklumat dan Komunikasi ||
|| Biro Perniagaan, Perindustrian dan Pelancongan || Biro Kreativiti dan Penyertaan Penduduk ||
|| Biro Pendidikan dan Latihan Kemahiran ||
Biro Kebersihan dan Kesihatan || Biro Keindahan dan Keceriaan ||