|| Biro Kepimpinan dan Kegiatan Institusi/Pertubuhan || Biro Teknologi Maklumat dan Komunikasi ||
 || Biro Perniagaan, Perindustrian dan Pelancongan || Biro Kreativiti dan Penyertaan Penduduk ||
 || Biro Pendidikan dan Latihan Kemahiran ||
Biro Kebersihan dan Kesihatan || Biro Keindahan dan Keceriaan ||

Biro Keindahan dan Keceriaan

 

A)   STRATEGI KEARAH  KEINDAHAN DAN KECERIAAN

 Keindahan dan kecerian adalah berhubung kait dengan kebersihan sedikit sebanyak telah dijelaskan di dalam Aspek Kebersihan Dan Kesihatan.

Untuk megindahkan dan menceriakan lagi suasana Kampung Belimbing Dalam, pihak K3P dan JKKK kampung ini telah mengambil langkah – langkah seperti berikut :-

i.       Mendirikan “mercu tanda” nama kampung di simpang Kampung Parit Melana ke Kampung Belimbing Dalam dan Kampung Pulau ke Kampung Belimbing Dalam .

ii.      Menamakan jalan – jalan yang terdapat di dalam kampung .

iii.     Menanam pokok – pokok bunga hiasan kiri kanan jalan utama.

iv.     Mendirikan tanda arah untuk memudahkan pelawat untuk ke destinasi yang ingin tuju.

v.      Menghias kawasan –  kawasan tumpuan pelawat dengan membuat landskap yang menarik.

vi.     Memasang bendera (Malaysia-Melaka) di tempat – tempat yang strategik.

vii.    Membina taman kanak – kanak di Taman Rekreasi Belimbing Dalam.
 

Bagi menyemai sikap cinta kepada keindahan,yang patut diamalkan oleh penduduk kampung, pihak JKKK Kampung Belimbing Dalam telah mengadakan pertandingan Rumah Tercantik yang dikategorikan kepada :-

a)     Rumah Tradisional

b)     Rumah kekal

c)     Rumah separuh kekal

* Pertandingan ini adalah acara tahunan.
 

Bagi badan pertubuhan dalam kampung seperti  Lembaga Masjid, Tabika Kemas, Sekolah Rendah Agama, Sekolah Kebangsaan Belimbing Dalam, Balairaya, PUSMAS, K3P, Persatuan Belia, RELA, dan JKKK Kampung Belimbing Dalam, badan ini sentiasa menjaga dan mengadakan gotong royong untuk mengindahkan dan menceriakan lagi lanskap di kawasan kampung. 

 

|| Biro Kepimpinan dan Kegiatan Institusi/Pertubuhan || Biro Teknologi Maklumat dan Komunikasi ||
 || Biro Perniagaan, Perindustrian dan Pelancongan || Biro Kreativiti dan Penyertaan Penduduk ||
 || Biro Pendidikan dan Latihan Kemahiran ||
Biro Kebersihan dan Kesihatan || Biro Keindahan dan Keceriaan ||